nuffnang adds

Friday, 13 September 2013

tidak ada yang sempurna

Tidak ada manusia yang sempurna.sungguh.waima ibubapa kita.semua orang berpotensi melakukan salah,silap dan kecurangan pada diri,tapi apa yang membezakan kita ialah sejauh mana salah dan silap yang kita lakukan akan menentukan kita pada masa depan. Jangan takut untuk mencuba.kerana kita tidak akan tahu apa yang jadi dalam hidup kita melainkan kita mencuba.tak perlu takut untuk menjadi berbeza kerana perbezaan itu akan membuatkan hidup kita lebih sempurna.
            Jangan memandang dosa orang seolah-olah mereka akan ke neraka dan jangan pandang pahala sendiri seolah-olah kita akan ke syurga. Selalu audit diri sendiri. Perbaiki kelemahan dan tingkatkan kelebihan agar kita selalu yakin menongkah hidup. Allah tidak pernah menjanjikan hidup ini akan indah selamanya..tapi allah janji yang DIA akan ada bersama kita selagi kita bersamaNYA. Indah? Cubalah..ubahlah.. letakkan pengharapan kita pada DIA..sepenuhnya.          
            Apabila kita merasa melakukan dosa,cepat-cepatlah berubah kerana pintu taubat allah itu luas. Jngan kerana ungkapan “allah menerima taubat hambaNYA bila-bila masa” menyebabkan kita melengah-lengahkan taubat kita. Kerana allah itu sifatnya memang penyayang.sungguh kaya sifat sayangNYA.tapi jngan kerana sayangNYA yang kaya itu menyebabkan kita bermain takdir denganNYA.
                        “Ohhh..esok ada hari lagi..aku taubat esok je lah”
“allah maha penyayang..kalau aku buat dosa hari ni.esok boleh taubat.mesti dia ampunkan dosa aku”
..kita selalu kata begitu bukan? Kita selalu terjerat dengan bisikan hati kita.selalu tunduk pada nafsu amarah kita.Mungkin kita juga lupa yang mati itu akan datang  bila2 masa..ingatkah kita pada kisah firauan? Bagaimana cara dia mati? Firauan juga sempat mengucap sewaktu nak mati..tapi adakah allah menerima syahadahnya? Sesungguhnya..allah tidak menerima taubat orang yang dilakukan saat-saat akhir sedangkan hatinya masih kufur!

Berubahlah.cubalah.pecahkan tembok halangan yang ada.tidak ada insane yang berdosa yang tak ada masa depan dan tidak ada insane suci yang tidak melakukan.dosa.kita manusia.kita hamba allah.dan kita sama –sama pendosa..rintihlah.pohonlah.seribu dosa kita datang minta ampun dari DIA sejuta maaf DIA bagi.satu hadis pernah mnyebut “kita datang kepada allah dengan merangkak,allah datang kepada kita dengan berlari”..lihatlah betapa sayangnya DIA pada kita. Sedangkan permintaan iblis yang durjana itu pon allah kabulkan permintaanya,inikan pula permintaan kita.sungguh.berubah itu payah permulaannya..tapi di akhirnya kemanisan itu tidak terbatas rasanya.sebelum semua nikmat diambil,sebelum mata terpejam,datanglah pada ya rabb..sebelum hari kita bertemuNYA tanpa membawa sebarang amal..nauzubillah.