nuffnang adds

Wednesday, 6 March 2013

BERBAIK SANGKA



berbaik sangka ataupun berfkiran positif adalah sifat yang dituntut dalam islam seiring dalam mewujudkan masyarakat yang ukhuwahnya kuat. Tidak dapat dinafkan, zaman serba moden hari ini, kita tak boleh mudah mempercayai orang lain. Namun, itu tak bermakna dengan mudah kita menuding jari kepada orang lain dengan mudah. Berdosa jika kita bersangka buruk kat orang. 

sedangkan dalam sebuah hadis sendiri menyebut “tidak sempurna iman seseorang hamba allah itu jika dia tidak menyayangi saudaranya seperti dia manyayangi dirinya”.
cukup jelas disini bahawa kasih sayang antara manusia itu amat dituntut dalam islam apatah lagi memelihara hubungan dan silaturahim sesame islam. 






lantaran pelbagai insiden berlaku dinihari.
pergaduhan pasal politik sesame bangsa,
pergaduhan pasal harta pusaka sesame keluarga.
subhanallah. Besar sangatkah nilai harta dan kedudukan jika dibandingkan nilai persaudaraan itu?
tidakkah boleh bertolak ansur sedikit demi hubungan persaudaraan itu?
jika kita dapat tahu nilai persaudaraan itu.
satu hadis pernah menyebut
“tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim”

 buruk mcam mana pun perngai seseorang itu, kita sama sekali tidak mempunyai hak dalam menilai dia.
sedangkan  amalam kita sendiri pun dinilai allah. Apalah hak kita menilai amalan orang lain.
muhasabah diri kita. Audit amalan kita.
tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Lantaran itu,amalkan sifat  memaafkan dan memberi maaf. Satu sifat yang mulia seperti yang ditunjukkan rasulallah.
bagaimana musuh-musuh islam boleh masuk islam kerana sifat baginda yang tidak pernah bersangka buruk pada orang,tidak menyimpan dendam walaupun baginda sering menjadi bahan cacian.
Bolehkan kita menjadi seperti baginda?
ayuh sahabat! Jadikan rasulallah sebagai model dalam kita mencari syurga allah.




sesungguhnya tidak pernah dan tidak akan ada istilah terlambat dalam islam selagi kita mahu berubah.
semua orang melakukan kesilapan. Tidak ada yang sempurna.
ingatlah balasan allah bagi orang yang memutuskan silaturahim.
semoga kita  bersama-sama dilindungi arash allah.
amin.