nuffnang adds

Thursday, 21 February 2013

kASIH SEORANG ABANG








Ok, hari ni tetibe terasa nak ulas filem pulak. Bercakap pasal filem, memang tak dapat dinafikan selera kita semua berbeza-beza. Ada yang suke tengok cerita hantu,cerita lawak dan sebagainya. Tapi kan, aku suka sangat tengok satu cerita ni.
cerita apa? Cerita orang putih.
Charlie St Cloud.


Kenapa aku kata cerita ni best?
sebab cerita ni lain. It’s a different story and movies from others! Cerita ni sebenarnya dah menunjukkan aku pada satu cinta. Cinta seorang abang pada adik die yang tidak berpenghujung. Walaupun die dah tahu adik dia dah mati. Awalnye, agak sukar untuk memahami jalan cerita ini kerana teknik dan garapan yang digunakan sedikit terabur dan samar kerana banyak menggunakan teknik imbasan. Tetapi, sedikit demi sedikit kita dapat memahami cerita ni. 




ni main actor die.
zac efron membawa watak utama sebagai Charlie st. cloud




ok,yang ni adik die,
Charlie tahan sebagai sam st cloud dalam cerita ni

dieorang ni memang rapat sangat hubungan adik beradik dan aku kagum lah. Abang die lebih prefer  main dengan adik die daripada duduk lepak-lepak dengan member die. Abang die masuk pertandingan kapal layar pun dengan adik die. Kagum kan?
cerita ni bermula apabila mereka berdua terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa sam,adik si Charlie. Memang sedih sangat bila die dapat tahu yang adik dia dah meninggal. Dan dalam mase yang sama, die dah berjanji yang dia tidak akan tinggalkan adik dia walau apapun yang berlaku. Sehinggalah adik dia mati, dia dapat melihat adik dia walaupon adik dia dah mati. Semuanya sebab janji tadi. Dan, setiap petang jugak, dia akan bermain baseball dengan adik dia walaupun hujan,ribut walau apa pun yang berlaku. Dia sanggup kerja sebagai pengurus tapak pengebumian dek kerana janji dia pada adik dia. Semua yang dia rasa, dia lalui, dia kongsikan dengan adik dia tanpa rahsia mahupun sangsi. Seolah-olah adik dia hidup. Itu memang cukup mengagumkan. Dan sebagai penonton, aku kagum dengan janji abang dia pada adik dia. Kasih sayang dia tak pernah berkurang walaupun dia dan adik dia di dunia yang berbeza.








ni antara syot menarik yang ada dalam cerita ni.

dan pengakhiran cerita ni bila dia bertemu seorang wanita yang juga terlibat dalam pertandingan kapal layar. Perempuan ini lemas dalam pelayarannya dan menggunakan Charlie untuk menyelamatkan dia kerana Charlie boleh melihat adiknya di alam ghaib. Akhirnya, die melepaskan adik dia ke dunia yang berasingan. dan akhirnya dia jatuh cinta pada perempuan ini dan harus memilih antara cinta hatinya ataupun janji pada adiknya. Memang menyedihkan tetapi die akui dia kena lepaskan sesuatu yang berharga dan dia sayang untuk pergi lebih jauh dalam hidup. Adik die pun paham dan akhirnya,dia bahagia bersama wanita pilihannya.


jika dilihat daripada sudut yang berbeza, memang seronok cerita ini sebab abang dan adik tu. Hubungan mereka sangat akrab. Sangat rapat. Macam kawan-kawan. Walaupun jarak usia yang jauh, tapi abang die ni sangat sayang kat adik dia.
hakikatnya, lain orang, lain cara mereka tunjukkan rasa sayangnya. Jangan cepat menilai kasih sayang orang tu. Well, klau memang kita rasa seronok disayangi, kita juga akan rasa seronok menyayangi orang.
hiduplah dengan cinta.
PEACE.

No comments:

Post a Comment