nuffnang adds

Thursday, 21 February 2013

Indahnya Menjadi Seorang HambaNya











Beriman pada qada’ dan qadar adalah salah satu daripada rukun iman dan kita wajib beriman padanya. Bermaksud selepas kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu, wajib untuk kita berserah semua urusan pada ALLAH. Kalau ditanya pada kita, siapa sahaja yang nak kan kegagalan. Namun, allah mengetahui yang terbaik untuk kita. Bezanya bila kita berserah pada allah, kita yakin dengan apa yang allah aturkan untuk kita. Gagal ke, Berjaya ke. Itu adalah urusan allah. Tapi hanyalah jika kita setelah berusaha.
jangan cakap takdir mengatakan kita gagal tapi usaha kita, langsung tidak ada.

allah itu maha mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. Baik, buruk. Semua sudah di aturkan yang terbaik untuk kita. Yang buruk boleh jadikan pengajaran, yang baik jadikan kenangan. Sememangnya pengalaman itu adalah pengajaran ataupun guru  yang terbaik.






islam sendiri menyebut bahawa BERDOSA jika kita meletakkan sesuatu pengharapan bukan padaNya. Letakkanlah sepenuhnya pengharapan kita padaNya kerana itu lah kemanisan bila kita beriman pada qada’ dan qadar.
cuba audit diri kita.
pernah tak kita bergantung pengharapan pada manusia?





hidup kita memang tidak pernah sunyi daripada masalah. Dan sebenarnya masalah itu sebenarnya mematangkan diri kita. Cuma, kita tak sedar yang allah hantar masalah tu untuk mematangkan diri kita. Dan allah hantar masalah tu sebab nak hambaNYA lebih dekat dengan DIA. Allahuakbar. Baiknya allah dengan kita!
dan kebnyakan dari kita hanya mengatakan pada allah yang kita ada masalah. Cuba kita ubah. Katakan pada masalah, yang kita ada allah. Dengan itu, kita lebih yakin yang allah akan hantar penyelesaian di setiap masalah yang diberi.
berubahlah.



kalau dihutang nikmat allah itu, seluas air di lautan pun tak cukup untuk menghitung berapa banyaknya nikmat allah itu. Cube kita perhatikan. Nikmat kesihatan yang di beri, nikmat masa, nikmat kelapangan. Bangun pagi-pagi kita dah menghirup udara yang nyatanya milik allah. Subhanallah.
berapa lama masa yang kita gunakan dalam sehari untuk ucap syukur pada allah?
allahuakbar. Betapa allah tu maha penyayang.




allah tak pernah jauh daripada kita. Tak pernah tinggalkan kita malah tak pernah leka memerhatikan kita. DIA sentiasa ada. Malah dekat sangat dengan kita.
cuba kita renungkan.
siapa kita dihadapanNYA?
adakah ALLAH menerima ibadah-ibadah kita?
subhanallah. berusahalah agar DIA menerima semua ibadah kita selama ini
kerana tidak ada manusia biasa yang akan terlepas dari ujianNya
positifkanlah diri kita
jika kita tahu hikmah ALLAH ,mmberi ujian itu pada kita,pasti kita menagih ujian-ujian itu semua dari Nya

No comments:

Post a Comment