nuffnang adds

Sunday, 6 January 2013

KELEBIHAN MEMELIHARA JANGGUT ^^






Antara hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut seperti :

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

                 seperti orang perempuan, orang lelaki juga ada hiasan sendiri yang dapat menonjolkan sisi-sisi kelakian yang ada dalam diri mereka. Cuma yang membezakan adalah niat kita membela janggut itu kerana mengikut sunnah. Selain itu, niat membela janggut itu juga kerana untuk membezakan kita dan orang kafir, ini kerana orang kafir lebih gemar menipiskan janggut dan membela misai.

                 Bercakap pasal kelebihan membela janggut ni plak,kita biasenya melihat orang yang membela janggut ni soleh kan? Ada setengah pompuan tu plak cakap,orang yang ada janggut ni macho la..haa..ok, kat sini kita senaraikan kelebihan berjanggut daripada pandangan sesetengah pihak..

 · Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

            Tapi apa-apa pun, semua benda bergantung pada niat la..jangan la kita membela janggut kerana inginkan perhatian, ataupon mengikut trend fesyen semata-mata.. buatlah semua tu kerana inginkan mengikut sunnah baginda. In sha allah


No comments:

Post a Comment