nuffnang adds

Sunday, 6 January 2013

ERTI SEBUAH KEGAGALAN




“Jika Kita Tidak Pernah Gagal, Kita Tidak Akan Pernah Rasa Berjaya”
“Jika Kita Tak Pernah Rasa Pahitnya Kegagalan, Kita Tidak Akan Tahu Betapa Manisnya Erti Kejayaan”

ya..itu adalah beberapa "quotes" popular yang kite acapkali dengar. Tapi, sejauh mane antara kita mahukan kegagalan? Tipu jika saya katakan saya juga mahu kegagalan. Tapi semakin jauh kita belajar tentang erti kehidupan, kita tak dapat nafikan yang kegagalan itu perlu dalam mengajar kita banyak tentang erti kehidupan dan erti nikmat belajar. Walaupon pahit pada permulaanya,namun sangat manis di akhirnya. Seawal usia kita 4 bulan di dalam perut ibu, allah dah tetapkan semua jodoh,ajal,rezeki kita. Setiap orang ujiannyadiberi dalam keadaan lain-lain. Ada orang yang tidak pernah gagal. Ada orang yang kadang-kadang gagal. Ada orang pulak yang selalu gagal. Tapi yang membezakan antara mereka ini ialah sejauh mana kegagalan mengajar mereka untuk bergerak maju kehadapan tanpa menoleh kebelakang.



Cube bayangkan jika kita selalu berjaya,kadang-kadang kita selalu alpa dalam mengadu pada allah kerana kita tak ada masalah dalam kegagalan. Tapi,jika sekali kita diuji dengan kegagalan, ya..waktu tu la allah nak dengar kita berintih padaNYA. Orang selalu beranggapan bahawa kegagalan itu ujian daripada allah kerana kelaalaian mereka,tapi mereka lupa satu perkara.. bahawa kejayaan itu juga ujian daripada allah. Cume sejauh mana mereka yang diberikan kejayaan itu digunakan sebaiknya dalam mengingati sang pencintaNya kerana setiap ujian itu ada hikmah yang hanya diketahui ALLAH.




Dalam meniti arus kegagalan ini, kita sebenarnya kena muhasabah diri dan melihat jauh ke hadapan. Misalnya bill gates, pengasas Microsoft. Sape yang tak kenal die ni kan…orang ke2 terkaya di dunia. Ok,kita bukan nak cerita pasal die kaya kan. Die pun pernah gagal dalam pelajaran dulu. see??mcam mana die boleh positifkan diri die dan belajar dari kegagalan? orang berjaya pun bermula dengan kegagalan. Tapi,sejauh mane kegagalan itu membawa kita terus kehadapan?
baiklah,




antara beberapa tips yang boleh kita amalkan jika kita hadapi kegagalan:
                 1. cube tenangkan diri dan bermuhasabah diri
                 2. positifkan diri dengan banyak membaca buku2 motivasi
    3. banyakkan bergaul dengan kawan-kawan, jngan biar anda kesunyian kerana bila
      bersendirian, anda akan terasa lebih down
    4. banyakkan berdoa dan merintih pada yang maha ESA. Tuhan suke bila kita merayu 
       padaNya.
    5. Meluahkan ap yang anda rasa pada seseorang yang anda percaya,supaya anda akan rasa
     lebih positif dan tenang
    6. jangan pernah rasa patah semngat,sebaliknya bergaul dengan orang-orang yang positif.

No comments:

Post a Comment