nuffnang adds

Tuesday, 20 November 2012

indahnya hidup beretika


Pemikiran sebagai asas etika dan nilai-nilai moral





Konsep Etika
      Etika bermaksud satu ukuran dan piawaian yang digunakan untuk membezakan kelakuan seseorang sama ada baik atau buruk, menyenangkan atau tidak menyenangkan.
      Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang membawa maksud perangai. Dalam perkataan Latin pula, etika dikenali sebagai mores yang bermaksud moral atau perangai. Ia juga didefinisikan sebagai adat atau kebiasaan. Moral lebih sesuai dengan idea-idea yang umum untuk diterima pakai dalam tindakan manusia.
2 jenis etika:
            1. Etika Meta(Meta Ethics)
2. Etika Normatif(Normative Ethics)
1. Etika Meta(Meta Ethics)
Meta - di sebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Etika meta bermaksud melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan,keagamaan,kebenaran sejagat dan peranan akal. Didalam etika meta,turut dibincangkan etika deskriptif(etika agama). Etika agama membincangkan tentang sejarah sistem moral. Etika ini menerangkan lebih kepada sejarah sistem moral yang dianuti oleh setiap individu atau golongan tertentu. Sebagai contoh,etika keagamaan islam yang syumul,lengkap dan ada menerangkan tentang tanggungjawab sebagai hamba allah,sebagai khalifah allah dan tanggungjawab dakwah. Semuanya dihuraikan di bawah etika deskriptif.
2. Etika Normatif(Normative Ethics)
Ia berfunsi menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Etika ini akan mencadangkan satu undang-undang yang dianggap terbaik atau patut diamalkan, secara khususnya etika ini akan mengemukakan moral yang standard dengan berpandukan sistem yang ada seperti membentuk etika perubatan yang berfungsi untuk menentukan suatu bentuk perlakuan yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang terlibat dengan profesion perubatan. Manusia sering dikaitkan dengan tingkah laku dan kelakuan. Terdapat banyak teori yang digunakan dalam membincangkan etika normatif ini,tetapi yang paling kerap digunakan ialah teori deontologikal dan teori teleologikal.

teori terbahagi kepada 2:

1. Teori Deontologikal menilai baik-buruk berdasarkan tidakan. Apa sahaja tindakan yang    berasakan nilai baik akan diterima sebagai baik


2.  Teori Teleologikal menilai baik-buruk berdasarkan kesan tindakan. Ukurannya ialah    sejauhmana kebaikan mengatasi kejahatan

3. Etika Gunaan(Applied Ethics)
            Membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang. Berusaha menggubal etika yang dapat memberikan panduan dan mengawal bidang-bidang tersebut untuk kegunaan masyarakat

Aliran-aliran etika
1. Utilitarianisme
-berasal dari perkataan utily-‘guna’,’berguna’ atau ‘kegunaan’.
-menegaskan bahawa manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan seramai orang
-pengasas kepada konsep ini ialah Jeremy Bentham(1978-1832). Beliau telah menghasilkan alat ukur untuk mengukur kebaikan yang dikenali sebagai Kalkulus Hedonidtik Bentham.
2. Hedonism
-asal dari perkataan hedone-matlamat kehidupan ialah mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum.
- fahaman yang mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup
-piawai yang digunakan bagi menentukan kelazatan dan keseronokan ialah nafsu.
3. Eksistensialisme
-menegaskan bahawa moral hendaklah berpaksikan kebebasan
-Jean Paul Satre merupakan pelopor doktrin eksistensialisme
- menekankan tentang kebebasan individu membuat pilihan dan pilihan di buat berdasarkan sumber asal

Kepentingan beretika
Etika penting dalam menjalankan kesefahaman etika yang sejagat dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Demikian jugalah kepentingannya dalam mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan individu,keluarga,organisasi,dan masyarakat. Yang penting setiap individu dan masyarakat haruslah hidup beretika berdasarkan kepada kekuatan agama yang wujud dalam masyarakat tersebut.






Akhlak islam
Tokoh Tasawuf mendifinasikan akhlak yang terpuji kepada perangai yang menyenangkan,lemah lembut dalam pergaulan,berseri wajah,sedikit perselisihan dan baik percakapan. Aspek lain ialah hubungan dan pergaulan seseorang itu dengan persekitarannya,gaya percakapan seseorang.

Hubungan Akhlak Dengan Ilmu Tasawuf
1.  Pengertian Tasawuf ialah akhlak yang mesti dipraktikkan oleh setiap individu muslim yang sejati.
2.     Tokoh-tokoh Tasawuf bukan orang yang membincangkan tentang konsep akhlak tetapi menghayati akhlak dalam kehidupan seharian mereka.

3.     Usaha pembentukan akhlak mulia dalam Islam perlu dilakukan melalui kaedah pendidikan yang khusus berdasarkan garis panduan dan kehendak landasan al-Quran serta al-Sunnah.


Cara Membentuk Akhlak yang Mulia

Akhlak yang mulia boleh dibentuk melalui:
1. latihan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh
2. memberi tumpuan secara berfokus terhadap adab-adab seharian
3. diusahakan melalui mujahadah dan riyadah
4. akhlak mulia perlu dipupuk dan dibendung agar tumbuh subur dalam jiwa.

Faedah Akhlak Mulia
1. Mampu meningkatkan martabat sesorang di sisi allah
2. Boleh menyampaikan cita-cita dan hajat seseorang
3. Benteng yang kukuh dan jalan yang mudah untuk mendekatkan diri kepada allah
4. Akhlak yang mulia menjadi lambang keimanan yang sejati






Bahaya Akhlak Buruk
1. orang yang berakhlak buruk akan menyempitkan rezekinya(al-mawardi,2000)
2. akhlak buruk mengundang kepada bahaya kepada kehidupan dunia seperti sentiasa gelisah,bimbang(Dhu al-Nun al-Misri)
3. akhlak buruk tidak mendatangkan ketenangan dan mendatangkan keburukan kepada diri sendiri dan orang lain(Yahya bin Muadh)
4. orang yang berakhlak buruk akan menyebabkan bala kepada orang lain dan dirinya dalam keletihan(Al-Mawardi,2000)

Akhlak  Manusia Secara Semulajadi
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa peribadi atau tabiat semulajadi individu yang jahat dapat diubah menjadi baik. Walaubagaimanapun,ada juga sebahagian manusia yang lahir ke dunia memang memiliki adab yang baik seperti para nabi. Lantaran itu,beliau telah klasifikasikan manusia kepada empat golongan berdasarkan kepada tabiat semulajadi mereka:
1. manusia yang bodoh. Tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Mudah untuk diubah perangainya hanya dengan menghantar seorang guru untuk memberi petunjuk.
2. manusia yang mengetahui sesuatu perkara yang buruk tetapi tidak membiasakan diri melakukan perkara-perkara kebaikan,malah terus melakukan keburukan. Golongan ini amat sukar untuk diubah perangai dan tabiatnya.
3. manusia yang mempunyai keyakinan bahawa yang buruk itu baik.golongan ini sukar untuk dibetulkan kerana mereka sudah sesat jauh.
4. manusia yang telah berkeyakinan mengerjakan sesuatu kejahatan dan melihat kelebihan serta menjadi kebanggan melakukan kejahatan. Golongan ini sukar untuk dibetulkan tabiatnya seperti usaha untuk menjinakkan harimau.

Hati Tempat Pembentukan Akhlak
Titik focus pembentukan akhlak ialah kebersihan dan ketaqwaan hati yang sebenar kepada allah. Hati ialah tempat penerimaan. Apabila hati dipenuhi kebenaran,maka akan limpahlah sinaran cahaya ke atas anggota zahir,begitu juga sebaliknya. Ssegala perbuatan yqng dilakukan oleh anggota zahir,akan memberi kesan kepada hati. Semakin banyak perkara-perkara maksiat yang dilakukan,semakin keras hati untuk terima cahaya keimanan. Jika hati banyak melakukan maksiat,akan terserlah pula pada perbuatan anggota zahir.

Gaya Pembentukan Akhlak Oleh Imam Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali menjelaskan terdapat empat kaedah yang boleh diikuti oleh seseorang untuk membentuk akhlak mulia:
1. sentiasa bergaul dengan guru yang dapat melihat dan menilai segala kekurangan akhlak yang ada pada dirinya dan mematuhi nasihat yang diberikan oleh guru
2. mencari teman yang benar-benar dapat mengawasi dan menegur perbuatan buruk.
3. mendengar dan memerhati segala kekurangan diri yang dilontarkan oleh pihak musuh kerana mereka lebih berterus terang mengkritik tentang keburukan diri berbanding ucapan rakan-rakan yang suka menyembunyikan sesuatu keburukan.
4. menggauli manusia dengan mengawasi sifat-sifat yang tercela dan mengambil pelajaran untuk memperbaiki diri sendiri.

Matlamat Akhlak
a) baik akhlak bersama allah
b) baik akhlak bersama manusia
c) baik akhlak terhadap diri sendiri
kesimpulan
Secara kesimpulannya,adab mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan akhlak dan etika. Sehingga,jika salah satu tidak ada dalam diri seseorang,pasti ianya akan dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Hiduplah dengan adab,berakhlak dan beretika kerana kita juga satu hari nanti pasti akan ada kehidupan sendiri bersama keluarga sendiri,bersama anak-anak,isteri yang kita dambakan soleh dan solehah.
Kalau bukan kita siapa lagi? Jangan tunggu anak dah keras hati,baru nak kita ajar beradab.
Renung-renungkan..


No comments:

Post a Comment