nuffnang adds

Tuesday, 19 June 2012

manusia..



kita sebenarnye lebih memandang apa yang orang lain miliki..lebih melihat kebahagiaan orang lain daripada penderitaan yang dimiliki dan lebih mengagumi kelebihan yang di miliki manusia lain walhal pada hakikatnya mereka juga ada kekurangan.. contoh la seperti siti nurhaliza. semua orang mengagumi beliau,dalam usia yang muda,dapat memiliki apa yang dia nak,dapat pegi menunaikan ibadah haji,ada rumah besar,suami kaya,wang yang banyak dan ada syarikat dan perniagaan sendiri. serba serbi indah hidup siti nurhaliza. tapi,pernah kita lihat perjuangan dia??pernah kita lihat dia dikecam hebat untuk setiap ape yang dia lakukan??pernah kita tahu penat dia??dn pastinya kita tak tahu harga yang perlu dia bayar bila jadi orang yang terkenal..dah la xad privasi,serba serbi ape yang dye lakukan akan jadi buah mulut orang..dah la umur remaja dye terpaksa abeskan dengan kerja menyanyi je..kita tak rase semua tu..

namun,percayalah allah tak pernah membebankan hanba Nya…bagi kita mungkin itu da kira berat…tapi bagi allah,itu la ujian yang setimpal untuk kita..dan cube lah untuk melihat orang lain yang lebih berat bebanan yang di tanggung…itu la manusia…sehingga ada satu pepatah melayu menyebut “dah bagi betis nak peha”…tak akn cukup dan tidak pernah cukup..its common kan..sebab kita manusia biasa yang dikawal oleh nafsu dan akal…cuba pandang sesuatu yang bernilai dalam diri kita…dari situ kita boleh timbulkan binit-bibit kesyukuran kepada yang maha esa…allah tu maha adil…dalam setiap kekurangan,allah beri kelebihan…dalam setiap masalah..allah sediakan kelebihan….


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.”

Allah Subhaanhu wa Ta’ala berfirman:

وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari pertu ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan al-af’idah (akal dan hati) agar kamu bersyukur.” (Surah an-Nahl, 16: 78)


sunhanallah..allah maha besar..betapa besar nikmat allah pada kita..kita tak pernah sedar semua tu…kita juga terlalu jahil untuk menilai semua itu..jadi lah hamba yang bersyukur walau hanya untuk seketika..sekurang-kurangnya kita dapat menbersihkan hati kita yang kotor ini..allah selalu mendengar doa kita dan kepada allah lah kita mengharap..

jngan sesekali menilai apa yang allah lakukan untuk kita…jngan sesekali menghukum apa yang telah terjadi kerana pengalaman itu sendiri adalah guru terbaik dalam hidup seseorang insan….
keep in minds…cakap dengan masalah,aku ada allah
bukan cakap dengan allah,aku ada masalah

allah tak pernah tinggalkan kita
allah tak pernah biarkan kita keseorangan
hakikatnya kita yang menjauhkan diri daripadanya…
jadi,sedarlahh.. yang kita sebenarnya sentiasa ada ALLAH di mana kita berada..





1 comment:

  1. alhamdulillah wa syukurilah, bersujud padamu Ya allah.hheh.

    ReplyDelete