nuffnang adds

Wednesday, 18 April 2012

diet!!!!

setiap orang diberi bahagian masing-masing dan rezeki yang telah ditetapkan allah sejak kita dalam kandungan lagi..ada manusia yang tinggi,rendah,gemok,berisi,kurus...itulah kehidupan yang penoh dengan variasi..namun,kita tidak dapat menafikan hakikat dunia yang hanya ingin melihat benda yang cantik..itu adalah fakta dan hakikat...tanya sape saje kat dunia pon,mereka pasti suka tengok sesuatu yang cantik dan indah kerana itu adalah fitrah dan lumrah.berbalik ada tajuk kat atas tadi tu,ermmm..diet...diet ni bukanlah bermaksud tak makan pape...giler ke xmakan langsung...hahahaha...sekarang ni aku tnga try xmakan nasi n start joging for every evening kat stadium uum tu haa....mule2,aku rase mcam terpaksa jgak,tapi bila pikir balik..aku kna pandang dari sudut yang positif kerana takkan ada langkah terakhir kalau tak ada langkah pertama..so,alhamdulilah...sekarang ni aku da 4hari tak makan nasi...aku hanya makan buah-buahan dan mee lakasa sebagai lauk aku..aku tak nak la berubah secara drastik...tapi yang penting berkekalan sampai nampak perubahan..semua yang manis itu bermula dengan kepahitan kan..xpe..selagi boleh..aku cuba...okk..sekarang ni ada beberapa tips diet yang aku dapat dari sumber pembacaan aku....

1) jangan sesekali memandang remeh pada sarapan kerana sarapan memberi anda tenaga untuk                 memulakan  hari anda.jika anda tidak sarapan,mnyebabkan anda akan mengambil mkanan yang lebih banyak sewaktu makan tengahhari.
2) Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi
3) jangan mkan makanan yang berat ketika anda mahu tidur kerana mkanan itu mengambil masa yang lama untuk sepenohnya hadam..sebaiknya,minumlah susu...
4)  jangan sesekali mengambil pil langsing. jika mahu pon,pastikan mendapatkan nasihat doktor. kerana,bila anda makan pil pelangsing,memang tak dapat nafikan anda akan kurus sekelip mata tapi bila anda berhenti mengambil pil itu,berat anda akan naik dengan mendadak.
5) jngan makan buah-buahan sahaja kerana kita menggunakan tenaga yang banyak..jadi,bila makan buah-buahan,xdapat menggantikan tenaga yang kita dah gunakan..

6) makanlah berpandukan tenaga yang kita gunakan mengikut kategori misalnya buruh yang memerlukan tenaga lebih banyak dari surirumah...
7) makan mengikut piramid makanan

Wednesday, 4 April 2012

kematian



Kita lahir ke bumi dengan tangisan dan kita mati pun diiringi dengan tangisan. Begitulah perumpamaan yang menunjukkan begitu hampir kematian itu terhadap hidup seseorang. Mati itu adalah pasti. Menjempot kita tidak pernah cepat dan tidak akan sesekali lambat menjempot kita walaupon hanya sesaat! Igatlah bahawa izrail tidak pernah cuti dalam melakukan tugasnya.jika diperintahkan oleh allah,seminit lagi pon dia boleh mengambil nyawa kita. Jika kita berbicara pasal kematian,pastinya akan membuat darah gemuruh orang naik kerana kematian adalah destinasi terakhir hidup kita sebagai orang islam sebelum ditentukan amalan kita. Firman allah swt:: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan. (Al Anbiya` : 35).jika kita meninggalkan dunia ini,maka akan terputuslah semua kenikmatan-kenikmatan yang dulu kita banggakan dan rasa di dunia melainkan 3perkara yang tidak terputus iaitu :      
               1) ILMU YANG BERMANFAAT 
               2) DOA ANAK-ANAK YANG SOLEh
               3) ILMU YANG BERMANFAAT
Oleh yang demikian,bersediakah kita untuk menghadapi hari kematian??rasulallah yang tidak ada dosa it upon,beribadah kepada allah sehingga kaki baginda bengkak-bengkak,,tapi kita???kaki bengkak mungkin kerana bersukan… kasihanilah ibubapa kita yang penat mendidik kita.. pastinya mereka ingin kita membesar menjadi anak2 yang soleh yang mendoakan kesejahteraan mereka nanti di alam sana. Teringat aku bila dengar lagu raihan..tentang 5perkara
1)  Muda sebelom tua
2)  Kaya sebelom miskin
3)  Hidup sebelom mati
4)  Lapang sebelum sempit
5)  Sihat sebelum sakit
Jadi,gunakanlah masa dan usia kita di jalan yang diredhai allah kerana masa dan usia kita yang berlalu tidak akan dipulangkan kepada kita..beringatlah bersama wahai sahabat sekalian..kalau rasulallah pon rasa yang teramat sakit sewaktu menghadapi sakaratulmaut,inikan pula kita yang terlalu banyak melakukan kesilapan.semoga allah sentiasa menerima ibadah kita.aminnn..