nuffnang adds

Tuesday, 20 November 2012

indahnya hidup beretika


Pemikiran sebagai asas etika dan nilai-nilai moral





Konsep Etika
      Etika bermaksud satu ukuran dan piawaian yang digunakan untuk membezakan kelakuan seseorang sama ada baik atau buruk, menyenangkan atau tidak menyenangkan.
      Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang membawa maksud perangai. Dalam perkataan Latin pula, etika dikenali sebagai mores yang bermaksud moral atau perangai. Ia juga didefinisikan sebagai adat atau kebiasaan. Moral lebih sesuai dengan idea-idea yang umum untuk diterima pakai dalam tindakan manusia.
2 jenis etika:
            1. Etika Meta(Meta Ethics)
2. Etika Normatif(Normative Ethics)
1. Etika Meta(Meta Ethics)
Meta - di sebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Etika meta bermaksud melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan,keagamaan,kebenaran sejagat dan peranan akal. Didalam etika meta,turut dibincangkan etika deskriptif(etika agama). Etika agama membincangkan tentang sejarah sistem moral. Etika ini menerangkan lebih kepada sejarah sistem moral yang dianuti oleh setiap individu atau golongan tertentu. Sebagai contoh,etika keagamaan islam yang syumul,lengkap dan ada menerangkan tentang tanggungjawab sebagai hamba allah,sebagai khalifah allah dan tanggungjawab dakwah. Semuanya dihuraikan di bawah etika deskriptif.
2. Etika Normatif(Normative Ethics)
Ia berfunsi menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Etika ini akan mencadangkan satu undang-undang yang dianggap terbaik atau patut diamalkan, secara khususnya etika ini akan mengemukakan moral yang standard dengan berpandukan sistem yang ada seperti membentuk etika perubatan yang berfungsi untuk menentukan suatu bentuk perlakuan yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang terlibat dengan profesion perubatan. Manusia sering dikaitkan dengan tingkah laku dan kelakuan. Terdapat banyak teori yang digunakan dalam membincangkan etika normatif ini,tetapi yang paling kerap digunakan ialah teori deontologikal dan teori teleologikal.

teori terbahagi kepada 2:

1. Teori Deontologikal menilai baik-buruk berdasarkan tidakan. Apa sahaja tindakan yang    berasakan nilai baik akan diterima sebagai baik


2.  Teori Teleologikal menilai baik-buruk berdasarkan kesan tindakan. Ukurannya ialah    sejauhmana kebaikan mengatasi kejahatan

3. Etika Gunaan(Applied Ethics)
            Membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang. Berusaha menggubal etika yang dapat memberikan panduan dan mengawal bidang-bidang tersebut untuk kegunaan masyarakat

Aliran-aliran etika
1. Utilitarianisme
-berasal dari perkataan utily-‘guna’,’berguna’ atau ‘kegunaan’.
-menegaskan bahawa manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan seramai orang
-pengasas kepada konsep ini ialah Jeremy Bentham(1978-1832). Beliau telah menghasilkan alat ukur untuk mengukur kebaikan yang dikenali sebagai Kalkulus Hedonidtik Bentham.
2. Hedonism
-asal dari perkataan hedone-matlamat kehidupan ialah mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum.
- fahaman yang mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup
-piawai yang digunakan bagi menentukan kelazatan dan keseronokan ialah nafsu.
3. Eksistensialisme
-menegaskan bahawa moral hendaklah berpaksikan kebebasan
-Jean Paul Satre merupakan pelopor doktrin eksistensialisme
- menekankan tentang kebebasan individu membuat pilihan dan pilihan di buat berdasarkan sumber asal

Kepentingan beretika
Etika penting dalam menjalankan kesefahaman etika yang sejagat dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Demikian jugalah kepentingannya dalam mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan individu,keluarga,organisasi,dan masyarakat. Yang penting setiap individu dan masyarakat haruslah hidup beretika berdasarkan kepada kekuatan agama yang wujud dalam masyarakat tersebut.






Akhlak islam
Tokoh Tasawuf mendifinasikan akhlak yang terpuji kepada perangai yang menyenangkan,lemah lembut dalam pergaulan,berseri wajah,sedikit perselisihan dan baik percakapan. Aspek lain ialah hubungan dan pergaulan seseorang itu dengan persekitarannya,gaya percakapan seseorang.

Hubungan Akhlak Dengan Ilmu Tasawuf
1.  Pengertian Tasawuf ialah akhlak yang mesti dipraktikkan oleh setiap individu muslim yang sejati.
2.     Tokoh-tokoh Tasawuf bukan orang yang membincangkan tentang konsep akhlak tetapi menghayati akhlak dalam kehidupan seharian mereka.

3.     Usaha pembentukan akhlak mulia dalam Islam perlu dilakukan melalui kaedah pendidikan yang khusus berdasarkan garis panduan dan kehendak landasan al-Quran serta al-Sunnah.


Cara Membentuk Akhlak yang Mulia

Akhlak yang mulia boleh dibentuk melalui:
1. latihan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh
2. memberi tumpuan secara berfokus terhadap adab-adab seharian
3. diusahakan melalui mujahadah dan riyadah
4. akhlak mulia perlu dipupuk dan dibendung agar tumbuh subur dalam jiwa.

Faedah Akhlak Mulia
1. Mampu meningkatkan martabat sesorang di sisi allah
2. Boleh menyampaikan cita-cita dan hajat seseorang
3. Benteng yang kukuh dan jalan yang mudah untuk mendekatkan diri kepada allah
4. Akhlak yang mulia menjadi lambang keimanan yang sejati






Bahaya Akhlak Buruk
1. orang yang berakhlak buruk akan menyempitkan rezekinya(al-mawardi,2000)
2. akhlak buruk mengundang kepada bahaya kepada kehidupan dunia seperti sentiasa gelisah,bimbang(Dhu al-Nun al-Misri)
3. akhlak buruk tidak mendatangkan ketenangan dan mendatangkan keburukan kepada diri sendiri dan orang lain(Yahya bin Muadh)
4. orang yang berakhlak buruk akan menyebabkan bala kepada orang lain dan dirinya dalam keletihan(Al-Mawardi,2000)

Akhlak  Manusia Secara Semulajadi
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa peribadi atau tabiat semulajadi individu yang jahat dapat diubah menjadi baik. Walaubagaimanapun,ada juga sebahagian manusia yang lahir ke dunia memang memiliki adab yang baik seperti para nabi. Lantaran itu,beliau telah klasifikasikan manusia kepada empat golongan berdasarkan kepada tabiat semulajadi mereka:
1. manusia yang bodoh. Tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Mudah untuk diubah perangainya hanya dengan menghantar seorang guru untuk memberi petunjuk.
2. manusia yang mengetahui sesuatu perkara yang buruk tetapi tidak membiasakan diri melakukan perkara-perkara kebaikan,malah terus melakukan keburukan. Golongan ini amat sukar untuk diubah perangai dan tabiatnya.
3. manusia yang mempunyai keyakinan bahawa yang buruk itu baik.golongan ini sukar untuk dibetulkan kerana mereka sudah sesat jauh.
4. manusia yang telah berkeyakinan mengerjakan sesuatu kejahatan dan melihat kelebihan serta menjadi kebanggan melakukan kejahatan. Golongan ini sukar untuk dibetulkan tabiatnya seperti usaha untuk menjinakkan harimau.

Hati Tempat Pembentukan Akhlak
Titik focus pembentukan akhlak ialah kebersihan dan ketaqwaan hati yang sebenar kepada allah. Hati ialah tempat penerimaan. Apabila hati dipenuhi kebenaran,maka akan limpahlah sinaran cahaya ke atas anggota zahir,begitu juga sebaliknya. Ssegala perbuatan yqng dilakukan oleh anggota zahir,akan memberi kesan kepada hati. Semakin banyak perkara-perkara maksiat yang dilakukan,semakin keras hati untuk terima cahaya keimanan. Jika hati banyak melakukan maksiat,akan terserlah pula pada perbuatan anggota zahir.

Gaya Pembentukan Akhlak Oleh Imam Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali menjelaskan terdapat empat kaedah yang boleh diikuti oleh seseorang untuk membentuk akhlak mulia:
1. sentiasa bergaul dengan guru yang dapat melihat dan menilai segala kekurangan akhlak yang ada pada dirinya dan mematuhi nasihat yang diberikan oleh guru
2. mencari teman yang benar-benar dapat mengawasi dan menegur perbuatan buruk.
3. mendengar dan memerhati segala kekurangan diri yang dilontarkan oleh pihak musuh kerana mereka lebih berterus terang mengkritik tentang keburukan diri berbanding ucapan rakan-rakan yang suka menyembunyikan sesuatu keburukan.
4. menggauli manusia dengan mengawasi sifat-sifat yang tercela dan mengambil pelajaran untuk memperbaiki diri sendiri.

Matlamat Akhlak
a) baik akhlak bersama allah
b) baik akhlak bersama manusia
c) baik akhlak terhadap diri sendiri
kesimpulan
Secara kesimpulannya,adab mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan akhlak dan etika. Sehingga,jika salah satu tidak ada dalam diri seseorang,pasti ianya akan dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Hiduplah dengan adab,berakhlak dan beretika kerana kita juga satu hari nanti pasti akan ada kehidupan sendiri bersama keluarga sendiri,bersama anak-anak,isteri yang kita dambakan soleh dan solehah.
Kalau bukan kita siapa lagi? Jangan tunggu anak dah keras hati,baru nak kita ajar beradab.
Renung-renungkan..


Friday, 9 November 2012

mimpi penuhh MAKNA


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku  telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
/.
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Thursday, 8 November 2012

hebatnya seorang WANITA


KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .

Ibu…emak….bonda…mama..semua sama..gelaran dari seorang anak untuk seorang wanita yang melahirkan anak…sesungguhnya ibu adalah wanita yang paling hebat di dunia ini…xad penafian!!..ade ibu sanggup berlapar asal anaknya kenyang…ada ibu sanggup berhabis harta demi anaknya senang..ade ibu sanggup di hina tapi xpe asal anaknye dipandang baik pada masyarakat…tapi kenapa ada anak yang sanggup doakan ibunya mati cepat kerana bimbang menjadi beban..MUHASABAHLAH diri kita..siapa kita di sisi allah..siapa kita di sisi ibu kita…SYURGA kita di dunia..jika REDHA ibu tidak bersama kita..jngan berharaplahh untuk memperoleh redha allah…

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !







Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .






ok..amacam dengan tajukk kat atas??nak tngokk korangg punya sifat dan cirri-ciri melalui bulan kelahiran korang??okk,,ni cume ramalan je laa ea..jngan terlalu taksub percaya tau..sebab setiap yang terjadi n berlaku kat duni ni semua adalah ciptaan alh..dan sesungguhnya hanya allah yang maha mengetahui setiap apa yang berlaku..ini cume hiburan semata-mata….diulangi lagi…HANYA HIBURAN…haha..okkk..tp aku rase mcam ade persamaan sikit la..sbb aku tngok melalui bulan kelahiran aku..korang cmne??haa..jomm bace..^_^


JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
sensitif, berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali setelah dirangsang
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badan sehat tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
cukup sayang kepada kanak-kanak
suka duduk di rumah
setia pada segalanya
rajin belajar dan kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang realiti dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpersonaliti yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak jika dikongkong
suka kegiatan lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka kepada benda remeh temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
berkecenderungan kepada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpersonaliti menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody

APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka dapat perhatian
sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik jika tidak terkawal
berkecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada
sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran tajam
mudah marah jika tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
perasaan yang sangat mendalam
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik ( otak kiri )
suka berangan
kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
daya khayalannya tinggi
pemikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yang baik
suka sastera, seni, muzik dan melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN
berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
perangai lemah lembut
mudah berubah sikap, sangat banyak idea
bersikap sensitif
otak sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otak cerdas dan berangan-rangan
mudah dan pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah terkena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
kurang pamerkan perasaan
lambat sembuh bila terluka hati
suka barangan berjenama
mudah jadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

JULAI
seronok didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
agak pendiam kecuali diransang
ada harga dan maruah diri
tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
mudah dipujuk dan bersikap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
berjiwa sentimental
kurang berdendam
mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan serupa kepada semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yang tajam
suka manilai orang lain dengan pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka mengenang peristiwa atau kawan lama
suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari kesihata bahagian perut
mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
minta disayangi
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun, caring terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
agak tegas dan bersifat berkepimpinan
pandai memujuk
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri sangat tinggi
dahagakan pujian
semanagt juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya permehatian tajam dan teliti
cepat berfikir dan berdikari
suka memimpin juga dipimpin
suka barangan-angan
berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
mudah mendapat penyakit
sentiasa belajar untuk relax
kelam kabut
romantik, pengasih dan penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat besopan santun dan betolak ansur
sangat cermat, teliti, dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
banyak berfikir
daya penakakulan yang baik
otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
mengawal diri dari selalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
sukakan sukan, hiburan, dan melancong
kurang menunjukkan perasaan
lama menyimpan jika terluka hati
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik

OKTOBER
suka sembang
suka orang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang jika tidak diminta
suka melihat dari perspektif sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
suka melancong, bidang sastera, dan seni
pengasih, penyayang, dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam sesuatu perkara
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
otak dan pemikiran yang sangat tajam
cara berfikir lain dari orang lain
berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
daya firasat sangat halus dan tinggi
bagus sebagai doktor
cermat dan teliti
personaliti dinamik
tidak hargai pujian
bercita-cita tinggi
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
pandai mendorong diri sendiri
berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
mudah ambil berat terhadap orang lain
tak suka marah kecuali tergugat
pandai muhasabah diri
romantik
tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
suka duduk di rumah
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

DISEMBER
sangat setia dan pemurah
bersifat patriotik
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
seronok didampingi
pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
suka bercampur dengan orang
suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai
sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
tidak pandai berpura-pura
cepat marah
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
perangai yang berubah-ubah
tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
benci pada kongkongan

Saturday, 3 November 2012

kehebatan CINTA


FAKTA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG TITANIC







Sudah 15 tahun telah berlalu sejak filem romantik epik arahan James Cameron, “Titanic” menyentuh hati ramai penonton dan membolot begitu banyak anugerah dan jumlah kutipan tertinggi dunia.
Untuk pengetahuan umum,Titanic sudah  ditayangkan semula di pawagam pada 5 April 2012 lepas tapi yang special dalam bentuk tiga dimensi (3D), berikut beberapa fakta menarik tentang filem lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet ini yang mungkin korang tidak pernah ketahui.
1. Pengarah “Titanic”, James Cameron telah pergi melihat bangkai kapal Titanic yang    sebenar sebanyak 12 kali dengan purata 16 jam sekali.
2. Kebanyakan syot kapal Titanic di lautan tidak benar tetapi penggambarannya dibuat di Baja, Mexico dan kebanyakan pelakon ekstra adalah orang Mexico.
3. Ketika babak Jack (DiCaprio) dan Rose (Winslet) ‘terbang’ di depan kapal dan bercium, matahari yang terbenam di belakang mereka memang benar. Mereka terpaksa melakonkan babak itu dalam beberapa minit sebelum matahari terbenam.
4. Leonardo DiCaprio bersetuju untuk membintangi filem ini kerana ia mengisahkan cinta dua darjat.
5. Sekalipun air yang naik di koridor tampak sejuk, sebenarnya suhu air ketika Rose terapung di atas papan untuk menyelamatkan diri adalah pada suhu 80 darjah.
            6. Semua lakaran Rose dan lukisan Jack telah dilukis oleh James Cameron sendiri.
7. Setiap wanita di set memakai korset sekalipun mereka pelakon ekstra yang tidak kelihatan di kamera. Semua pelakon sokongan diwajibkan menghadiri kelas etika untuk mengetahui cara orang pada tahun 1912 bercakap dan bergerak. Semua pelayan juga perlu belajar cara untuk melakukan tugas mereka.
8. Ketika Jack menyebut “Sit over there on the bed. I mean, couch!”, ia tidak ada dalam skrip dan DiCaprio telah tersalah menyebutnya. Namun semua orang menyukainya dan mereka memutuskan untuk mengekalkan kesilapan itu.
9. Babak di mana Rose meludah pada muka Cal (Billy Zane) telah diilhamkan sendiri oleh aktres tersebut.



10. Babak di mana ibu Rose, Ruth (Frances Fisher) mengikat korset Rose pada awalnya terbalik kerana Rose yang sepatutnya mengikat korset Ruth. Namun para pelakon dan pengarahnya sendiri merasakan mesej yang disampaikan lebih kuat sekiranya korset Rose yang diikat, untuk menunjukkan betapa si ibu mempunyai kuasa untuk ‘mengikat’ kebebasan anaknya.
11. Winslet bersungguh-sungguh ‘melobi’ peranan Rose kerana pada awalnya Cameron agak skeptikal dengan keupayaan yang ada padanya.
12. Cameron telah menyelam lebih dalam untuk melihat bangkai Titanic asal dengan menggunakan kamera khasnya. Sesetengah rakaman yang diambilnya tidak pernah dilihat sesiapa sejak tahun 1912.
13. Babak lakaran Jack dan Rose merupakan babak pertama yang dirakamkan antara DiCaprio dan Winslet. Aktres ini telah berbogel di hadapan DiCaprio pada hari pertama untuk membiasakan diri.
            14. DiCaprio sensitif pada air, jadi dia tidak boleh masuk ke dalam air sejuk.
15. Replika Titanic dalam filem itu berukuran 775 kaki panjang dan terapung di dalam tangki 17 juta gelen. Sut paling mahal dalam Titanic bernilai AS$4,350 (RM13,336), sama dengan nilai hari ini sebanyak AS$75,000 (RM231,463)



16. Ikan lumba-lumba yang berenang di tepi kapal adalah benar. 
17. Semua kostum tahun 1912 yang dihasilkan untuk filem ini bernilai AS$8.4 juta (RM25.7 juta). Filem ini sahaja memakan kos AS$200 juta (RM613 juta) – lebih mahal daripada menghantar orang ke bulan.
18. Kesilapan dalam filem – watak Jack mengatakan dia pernah pergi memancing di tasik ais di Tasik Wissota, berhampiran Air Terjun Chippewa, Wisconsin. Tasik Wissota merupakan tasik buatan manusia yang hanya diwujudkan pada tahun 1917, lima tahun selepas tenggelamnya Titanic.


19. DiCaprio dan Winslet mengakui mereka membuang air dalam tangki untuk terus kekal hangat dan kerana mereka terlalu malas hendak keluar dan menggunakan tandas.
20. Banyak jakuzi dibina di sekeliling set supaya semua pelakon boleh berehat dan memanaskan badan
21. sebenarnya ada babak-babak yang terpakasa di potong. contohnya babak rose dan jack melihat bintang sebelom kapal itu tenggelam.
22. kapal titanic yang sebenarnya telah tenggelam pada 14 April 1912 pada jam 2:20 pagi.
23. Hanya separuh daripada kapal tersebut adalah benar dan selebihnya dibuat menggunakan  imej computer
* sumber diambil daripada laman web hot fm..^_^

Sebuah Keyakinan yang Tidak Bernoktah




HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIIL




Berpeganglahh pada kalimah ini kerana dalam setiap yang berlaku kita wajib berserahh kepada allah sebagai tanda kit yakin terhadap setiap apa yang allah telahh takdirkan untuk kita.

Sebagai seorang pelajar,setelah berusaha berserahlahh sepenuhnya kepada allah kerana allah tak pernah sia-sia kan doa dan usaha setiap hambanya… yakin setiap orang itu telah diberi rezeki masing-masing dan kita sebagai hamba allah..harus berserah dan redha dengan syarat telahh berusaha. Sesungguhnya allah m,aha mengetahui setiap yang berlaku dan ap yang berlaku itu adalah di atas kehendakNya dan itu adalah sebaik-baik perkara yang berlaku






Dalam sirah Rasulullah SAW bahwa beliau masuk ke dalam gua (Hira), Allah kemudian mengarahkan merpati supaya membuat sarangnya dan labah-labah membina  rumahnya di mulut gua sehingg orang-orang musyrik berkeyakinan bahwa Muhammad tidak akan mungkin masuk ke dalam gua ini. Mereka mempersoalkan bagaimana nabi Muhammad S.A.W dapat masuk ke gua sedangkan sarang labah-labah itu tidak rosak dan burung-burung merpati di sekeliling mulut gua itu juga tidak berterbngan malah tenang di sarang-sarang mereka.. jika mengikut logik akal,memang tidak mungkin nabi muhamad ada di dalam gua


Hasbunallah wa Ni’mal Wakiil” diucapkan oleh Nabi Ibrahim tatkala dia dilemparkan ke dalam api sehingga api itu tiba-tiba menjadi sejuk dan reda dan tidak menghancurkan Nabi Ibrahim. “Hasbunallah wa ni’mal wakil” juga diucapkan oleh Nabi Muhammad pada saat perang Uhud kemudian Allah menolongnya.

Nabi Musa melihat lautan di depan matanya dan musuh mengejar di belakangnya maka ia pun berkata: Sekali-kali tidak akan tersusul, sesungguhnya Rabb-ku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku (QS Asy-Syu’ara:62)
Dan dia pun selamat denga izin daripada allah

Perlindungan Allah tidak memerlukan masa.tempat dan keadaan kerana pertolongan Allah itu sangat luas tiada sempadan.juga tidak memerlukan benteng tinggi menjulang

Ketika hamba menyadari bahwa semua ini adalah perlindungan Allah tentunya ia juga akan menyedari bahwa di sana ada Allah Yang Maha Kuasa, Maha Penolong, Pelindung dan Maha Pengasih. Dan saat itulah ia bergantung kepada-Nya

Maka sesungguhnya kamu berada dalam perlindungan Kami (QS At Thur: 48)
Maka Allah sebaik-baiknya penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang (QS Yusuf: 65)